26 March 2012

My Top 5 Friends with Sparkling Eyes Contest!!!

        Hai cutee, hai sweetie, hai beauty,  n budak sengal yang tak reti2... Hari ni aku nak berkongsi gambar kawan-kawan aku yang bagi aku mempunyai mata yang cantek sama macam mata aku jgak... hahaha xD... Let go to the cerita, mulanya contest ni aku nak buat sampai top 20, tapi ramai yang tak nak izinkan aku ambik gambar mereka... So, sekarang cuma tinggal 5 orang je lagi... Aku pilih mereka dari lebih kurang 4000 friend yang aku ada dalam 5 buah account facebook... Dalam masa sebulan dua bulan ni, kerja aku memang usya2 gambar perempuan je [aku tak gatal, cuma nak tengok ada tak orang Malaysia yang cute-miut]... Ternyata kerja meng'usya' ku berhasil dan aku telah menemui berberapa photo friends aku yang very cute n mempunyai mata yang menarik... hehehe...

          So, tanpa membuang masa lagi, aku nak tunjukkan kat kamu semua gambar-gambar tersebut dan apa pendapat aku tentang diorang...


Friend Per-1:

            Okay... budak yang kat atas tu, nama dia Nur Fadiyah [aku tak taw la apa nama sebenar dia n nama bapak dia]... Dia muda setahun dari aku n kami sekolah kat sekolah yang sama... Pandangan aku tentang dia semua yang elok2... hehehe... Aku tengok muka dia ada macam arab2 cket n dia jugak ada kakak yang sama umur dengan aku.. Kalau tak silap aku Fatimah Az-Zahra nama dia... cantek kan nama mereka dua, macam orang Arab... Hikhikhik A__________A .... Aku pilih budak ni sebagai top 5 sebab mata dia macam mata someone yang pernah aku kenal dulu... Muka dia comeyyy... hahaha... Pastu kan, benda yang special about budak ni ialah pasal mata dia yang nampak macam peramah... Bcoz of dat, every times aku n kawan2ku buat "Tawaf" kat sekolah, aku mesti selalu ter"usya" budak ni... aku bukan sengaja nak usya dia, tapi kalau dah terusya nak buat macam mana kan, terpaksa la aku pandang lama2 cket... hmm... hahaha... Aku tak taw la dia ada bf ke tak... Tpi kalau dia dah ada bf, habeh la aku lpas ni.. hahahaha...



Friend ke-2:

           Haaa!!! jangan pandang lama sangat, nty ter"angau" plak... hahaha... Gambar kat atas tu nama dia Cresica Dio... Dia bukan budak2 lagi taw... dia lepasan upper six... aku tak taw dia kat mana sekarang... Dulu dia Presiden Persatuan Soo Bahk Do(Korean Karate) kat sekolah kami... Tpi aku jarang nampak dia datang... Tpi waktu dia training karate an kami kan, kepala aku asyik nak tengok dia, dia, dia... Sebenarnya, bukan saja2 aku nak tengok dia, tapi masalahnya kepala aku ni pandai terpusing sendiri, ap boley buat???... hmm.... Eh, korang tengok gambar dia macam orang Korea tak??? tengokla betul2, rambut dia totally macam orang Korea... ^_^ Pastukan, cuba tengok kat mata dia, korang nampak tak mata dia tersenyum... hehehe... dia ada mata yang kecik n muka dia macam barbie... aku suka tengok muka dia... hahaha... [sebab ni la ramai laky yang salah faham tengok aku...]



Friend ke-3:

            Ececeh... Buat muka comey plak dia... Xpe2, dia memang comey pun... Okay, yang kat atas ni pun bukan budak2 jgak... Nama dia Nurul Nazira Mazlan.... umur dia genap 19 tahun pada bulan December ni... Sekarang kalau tak silap aku, dia belajar kat Kuala Lumpur Infrastructure University College(KLIUC) dalam jurusan entah apa entah... aku pun tak taw... hahaha... Aku suka tengok sikap dia... Nasib baek la Hospital Bahagia Tanjung Rambutan dah penuh, kalau tak******* haish, paham2 je la... BTW, Dia ni manis orangnya... Periang n kadang2 aku tengok dia da macam orang Korea... Dia ni peminat no 1 Kpop taw... korang jangan cuba2 nak hina Kpop depan dia kalau tak maw tertanam 6 kaki kat bawah... innalillah... =.=' Aku suka sangat berkawan dengan dia... Dulu adik dia bekas kekasih aku, tpi entah knpa baru je 3 hari couple dah break blik... Mungkin waktu tu aku an adik dia masih mentah lagi nak bercinta, maklumlah baru form 1.. hahaha... gataiiiii...
p/s: jangan cuba nak tackle dia, dia dah ada yang punya.... hahaha...


Friend ke-4:



             Ni dia pakar posing Malaysia... Dia suka sangat bab posing2 ni... Maklum la orang hot... hahaha... Dia ni anak perempuan kepada guru Bahasa Inggeris aku Madam Suzanne... Nama dia Kedung... Just tu je nama dia, dats all, takde nama panjang laen... nak dijadikan cerita, waktu dia mula2 pindah kat sekolah kami pada tahun lepas, aku expect dia seorang yang sopan-santun macam perempuan laen, rupa2nya sifat dia ni serupa macam laky2 cket... aduh, spoiled betul la... hancur harapan aku(u break my heart) hahaha... Bila korang pandang muka dia kan, memang betul2 macam muka artis... 100% perfect... Biarpun sifat dia ada mirip dengan orang laky, namun dia tersangat la peramah dengan semua orang... just c at her eyes bila dia bercakap an korang... aku pasti korang terpaku dengan kilauan mata dia yang peramah... dsebabkan tu la, aku malu nak berbual dengan dia.. tak biasa... Tapi kan, aku suka sangat berkawan dengan dia... ^_^ hohohohoho.....


Friend ke-5:
            Leklu, leklu... Peaceee.... hehehe... amboiiii manisnya dia... WARNING: jangan renung kat senyuman n mata dia, nty klau korang cair, payah plak aku nak ubat... hahaha... Dia ni orang orang Sungai Petani, Kedah... Bekas classmate aku... Nama dia Suraiya Izzaty... Dia ni walaupun nampak garang kat luar, tapi kalau korang selami hati dia dalam2, fuyoooo..... Baiknya dia... sejuk perut mak dia mengandungkan dia.... hahaha... Dulu aku ada la simpan hati kat dia, tapi kawan(Bazli) aku dah potong line dulu... melepas la lagi... takpe la... dia lebey sesuai jadi kawan aku... hahaha.... Satu lagi aku nak cakap... Dia ni memang pandai orangnya... result PMR dia semua A... Dpendekkan cerita, straight A's... Aku respect habes dengan dia... Aku sure waktu SPM nty konfom dia dapat 9A+... Aminnnn... ^_^

         Oklaaa... Habes bengkak tangan aku menaip ni... so, aku nak berhenti dulu... Cute2 kan gambar diorang ni.... hikhikhikhik... laen orang, laen ragamnya... hahaha... tak macam bodo ke aku buat entri kali ni??? Post ur comment... Sblum tu, follow blog ni dulu.... Pastu like page Doktor Cinta Untukmu on Facebook Klik sini Sayang ^_^

25 March 2012

Sheet Lagu First Love - Annas Lavender ^_^ (PDF download)

      

       Assalamulaikum tok aji, nek aji, ajinomoto and pelbagai lagy jenis aji... Dengan kesempatan yang takde la nak ada ni, aku nak berkongsi ngan korang satu sheet music/guitar tablature yang aku siapkan sepanjang 2 bulan ni...

        So... hari ni aku dah siapkan music sheet n guitar tab lagu First Love - Utada Hikaru...  Tab ni laen cket dari tab Kotaro Oshio yang macho2 macam aku tu, sebab aku yang arranged sendiri... 2 bulan aku buat sheet ni... haish... Lagu ni best la bagi aku, sebab buatkan aku teringat dengan First Love aku, yang baru je break.. Sedeyyy dow... :'( [Sapoow yang tak sedey kalau satu2nya org yang kita sayang da jadi milik orang laen]... hahaha xD...  cian tegok aku kan? kan? kan? malas la nak cerito lagy...
       
         Kat bawah ni aku dah sediakan link untuk daownload file PDF pasal lagu ni... Korang enjoy la... ^_^

Sapoow yang tak pernah lagy dengar lagu ni korang boley la dengar kat link ni:
Kotaro Oshio(guitar version): Klik sini dowww
Utada Hikaru(english version): Klik sini jugak
Utada Hikaru(Japan version): Pale hotak hang, xkan la aku nak bagi sume link, hang carila sndiri!!!




23 March 2012

Rahsia Isi Hati Lelaki



        Hello... Ada orang tak? Hehehe... Yuhuu girls... Tengah nak memahami isi hati lelaki ke? hahaha xD... Dah lama aku tak posting entri kat blog ni. Maklumla sibuk dengan persiapan SPM 2012. Dengan kesempatan ini, aku ingin berkongsi tentang isi hati lelaki dan apa yang mereka fikirkan. HAAAA!!!!! Suka tak??? Kalau tak suka takyah baca... :gurauje:

        Explaination kali ni agak panjang la cket... Tapi, demi untuk menjalankan tanggungjawab sebagai doktor cinta, aku terpaksala siapkan benda ni.. hikhikhik :D

Ok girls, this is special for you!

So, adakah anda tahu isi hati lelaki? bagaimanakah anda boleh mengetahui apa yang lelaki fikirkan? Apakah yang terpendam di jiwa lelaki? Apakah anda sebenar-benarnya tahu kemahuan sebenar lelaki? Bagaimana pula dengan kebencian mereka? Ni aku nak cakap lelaki yang sama spesies an aku.. Muehehehe -,-

True enough many man, makes women became 3 things… confused, confused and yes confused!

The Truth: LELAKI IS VERY SIMPLE!!!! Isi hati lelaki??? lagi lah mudah untuk diketahui. Tetapi ramai wanita hanya mahu memahami dengan cara mereka sendiri apabila ianya bertentangan, lalu dikatakan lelaki itu complicated!

Mana ada complicated? Lelaki is easy to understand la, contoh :-

Contoh 1 : Jika lelaki kata, TAK MAHU. Jangan lah pula tanya “Mengapa tak mahu, pelik lah you ni.” – Aik? Tengok, dah buat complicated. Lelaki cakap TAK MAHU. That’s it, and that’s all… tak paham2 lagi ke haaa?? hahahaha ^_^
* Isi hati lelaki : Apa lagi yang nak confused? Dia tak mahu, tak suka, tak berminat… habis cerita lah. Tak ada reason lain, tak perlu pelik-pelik, just terima je, dia TAK MAHU.

Contoh 2 : Lelaki kata, “Kalau kita ada jodoh ada lah, tapi buat masa sekarang I nak fokus pada kerja I. Sekiranya you bertemu dengan lelaki yang lebih baik, I redha” – Okay, simple habis… ini adalah contoh lelaki yang cakap berlapik dan sopan serta mahu menjaga hati wanita.
* Isi hati lelaki : Yang sebenar dia nak cakap, “I tak nak kat you, jadi you pergi dengan orang lain je lah!”

Contoh 3 : You syok kat mamat ni, dia okay la layan you. Pastu dia sangat rapat dengan you dan you suka sangat dengan cara dia, kemesraan dia pada you. Tetapi, dia tak pernah cakap yang dia nak kat you. Atau dia tak pernah pun bercerita tentang how he felt for you. So you beranikan diri kata you suka dia, and dia pun kata dia suka you. TAPI, you still confused, samada you dan dia ni bercinta ke?, atau akan ada percintaan ke?, atau maybe dia malu nak cakap dia berminat dengan you ke…you confused.
* Isi hati lelaki – TAK PERLU CONFUSED LA MANGKUK! – Dia nak kat you dia akan cakap atau dia akan berkorban apa saja kat you. Dan dia akan jadi giler-giler nak berkepit dengan you setiap masa. Dia akan kelam kabut nak berhubung dengan you setiap hari That’s it! – Kalau dia tak cakap, that means dia tak nak kat you lah… Simple! Segala kemesraan dia hanyalah sekadar kawan biasa, of all you know, dengan all girls kenalan dia pun, dia macam tu.

Contoh 4 : Lelaki ni selalu call you, dia juga selalu ajak you keluar, makan-makan, minum-minum dan sometimes shopping. Kalau ada apa-apa masalah je sure dia akan contact you dah menceritakan segala masalah dia kat you. You become confused sangat… “Kalau betul dia ada girlfriend atau dia suka kat girl lain, pasal apa dia asyik cari aku ek?”
* Isi hati lelaki – Lelaki berkawan, BUKAN hanya dengan lelaki saja. Dengan wanita pun dia boleh anggap true friend seperti kawan-kawan lelakinya jugak. Tak boleh ke? Hehe… dia suka keluar dengan you dia suka shopping dengan you, sebab dia suka tengok reaksi dari pandangan wanita, that’s it! It’s got nothing to do with feelings!

Contoh 5 : Dulu lelaki ni beriya-iya sangat menghubungi you, hari-hari call dan berpuluh sms setiap masa. Sampai rimas lak… so after a while, dia dah kurang sms, call pun dah tak ada. You pulak yang asyik call dia, you pulak yang berpuluh sms kat dia. Tu pun dia reply sekali je. Sometimes tak reply langsung. Sometimes berhari-hari atau berminggu dia senyap. You confused… “Apa salah I? Apa yang I dah buat?”
* Isi hati lelaki – “It isn’t you! It’s me…hehe” – Yaa, the truth is lelaki itu sudah tidak berminat. Dulu yes berminat dan suka sangat kat you, just that maybe ada girl lain yang lebih baik, atau maybe perangai dan cara you membosankan jadi, semangat untuk bercinta dah hilang, nak call, nak sms… jauh sekali la kan. It’s that simple, …dah tak berminat, asyik bertekak, bergaduh bosan!

Contoh 6 : You rasa pelik, lelaki ni…macam biskut, sekejap ada, sekejap tak ada. Sekejap muncul sekejap ghaib, hilang tah kemana. Tak ke dia rindu macam you rindu kat dia? Confused! Confused!
* Isi hati lelaki – RINDU, bukan tak rindu tetapi lelaki itu sudah beristeri. Atau lelaki itu sudah ada tunang atau kekasih yang cukup ketat ikatannya. Masa muncul tu, masa dia free dari ikatan tu lah. Masa hilang tu, duk dengan bini lah beb… hehe simple! 

Contoh 7 : Kat sekolah ada laa seorang lelaki ni, pemalu, cute tapi juga peramah orangnya. Baik hati, sometimes siap belikan you makan dan minuman. Selalu belanja you dan kat meja dia, selalu tersenyum simpul kat you dan kalau dia ada masalah dia pun selalu cari you. Padahal ramai lagi girl lain. Hati pun berkocak, jiwa pun bergelora, teruja dengan sikapnya. "Adakah dia syok kat aku? Adakah dia berminat dengan aku, tapi MALU nak cakap?"
* Isi hati lelaki – YES, lelaki itu berminat dengan you tetapi dia juga berminat dengan girl lain juga. Kalau tidak dia sudah lama cakap, I love you WALAUPUN dia pemalu. Mungkin dia cakap melalui perbuatan. Atau pengorbanan. Since dia tak buat dan tak sanggup pun bersusah payah untuk you. Maybe he JUST BEING NICE saja 

Contoh terakhir : You sudah bercinta lama dah…lama sangat! Okay lah you tahu lah you dan dia dah kurang mesra sebab you all pun selalu sangat bergaduh! TETAPI you confused dan geram sebab tiba-tiba je dia menghilang diri lama, dan bila dah lama tu baru cakap nak berpisah. Dia tak explain pun sebab apa nak berpisah, in fact dia tinggal you gitu je, tak ada kata-kata akhir dan penjelasan, how you wish to know apa silap you dan mahu perbetulkan.
* Isi hati lelaki – TAKUT! …ingat senang ke nak cakap kat girl, “Eh I nak berpisah dengan you!” Takut tau hehehe…itu yang blah gitu je tu. Pastu nak explain apa lagi…dah memang tak suka dah, takkan nak cakap kat you dia tak suka, atau dia dah bosan dengan you? nanti you melenting, menjerit dan cekik dia hahahaha…

Basically…“It’s either YES or NO!” that simple lelaki ni. Kalau dia nak dia akan cakap dia nak, dia syok kat you. Kalau dia tak nak, dia tak berminat dia takkan cakap. End of story.

* IF dia ajak dating just the two of you, ajak keluar dinner hanya berdua, ajak join group holiday, dia berminat untuk memulakan perhubungan cinta atau mengorat lah tu.
* IF dia tak ajak… walau dia malu atau tidak, that means dia tak berminat. Tak perlu nak confused atau pening-pening kepala… this is all and that is it! Okay? From now on tak perlu lah nak perasan atau syok sendiri ya… all the best and good luck hunting! Hehe
JANGAN MARAH...

Kosa Kata Menarik Untuk Pengayat Cinta


        Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para pembaca sekalian. Pada entri saya kali ini, saya akan berbicara tentang kosa kata. Kosa kata adalah himpunan kata yang diketahui oleh seseorang atau entitas lain(suatu bahasa tertentu). Kosa kata seseorang didefinisikan sebagai himpunan semua kata-kata yang dimengerti oleh orang tersebut atau semua kata-kata yang kemungkinan akan digunakan oleh orang tersebut untuk menyusun kalimat baru. Kekayaan kosa kata seseorang secara umum dianggap merupakan gambaran dari intelejensia(tingkat pendidikannya). Kerananya banyak ujian 'standard', seperti SAT, yang memberikan pertanyaan yang menguji kosa kata.

        Penambahan kosa kata seseorang secara umum dianggap merupakan bahagian penting, baik dari proses pembelajaran suatu bahasa ataupun pengembangan kemampuan seseorang dalam suatu bahasa yang sudah dikuasai. Kosa kata yang menarik juga amat diperlukan untuk menjadi pakar pengayat cinta yang sempurna. Justeru itu, pelbagai kosa kata dan maksudnya saya 'post'kan pada entri kali ini.

Kosa Kata:
Akur - bersetuju
Aspirasi - cita-cita/keinginan
Bejat - gawat
Bergegas - membuat sesuatu dengan cepat
Bergelandangan - berpelesiran
Bermaharajalela - berleluasa
Dana - modal
Diksi - pemilihan kata
Diagnosis - mengenal pasti
Dinamis - berdaya saing
Diuar-uarkan - dicanangkan
Duri dalam daging - sesuatu yang menyakitkan
Emansipasi - hak kebebasan
Falsafah - pemikiran
Fasilitator - pemudah cara
Fenomena - perkara
Fleksibel - mudah diubah suai
Global - dunia seluruhnya
Hedonisme - hidup terlalu bebas
Iltizam - harapan tinggi
Imej - penampilan
Impak - kesan
Ironi - keadaan pertentangan
Julung-julung - kali pertama
Karisma - penampilan
Kental - kuat
Kemelut - masalah
Keunggulan - keistimewaan
Kepupusan - kehilangan
Kerakusan - haloba/gelojoh
Ketandusan - tidak ada
Kewibawaan - keupayaan
Khazanah - harta benda
Kolot - ketinggalan zaman/kuno
Komitmen - kesungguhan
Konflik jiwa - pergolakan jiwa
Konkrit - kukuh
Kontemporari - sesuai dengan keadaan
Konotasi - idea yang dimaksudkan
Konvensional - cara lama
Kritikal - serius
Kudus - suci
Lumrah - kebiasaan
Manifesto - pendirian
Maslahat - faedah
Membarahi - melanda
Membolosi - memasuki secara haram
Mencanai - melahirkan
Mencungkil - mencari
Mengaibkan - memalukan
Mengundang - menjemput supaya dating
Menjana - menghasilkan
Menuding jari - menyalahkan orang lain
Menyarankan - mencadangkan
Menyuntik - memberi
Meraikan - menjayakan/merayakan
Meranapkan - menghancurkan
Merealisasikan - menjadi kenyataan
Merencatkan - menggagalkan
Mutakhir - terkini
Nadi - penggerak
Nafsi - mementingkan diri sendiri
Nasi belum menjadi bubur - belum terlambat
Norma - adat
Pancaroba - keadaan yang kacau
Panji - lambang kedaulatan/bendera
Perdana - utama
Perisai - pertahanan
Persada - arena/gelanggang
Perspektif - tanggapan
Reformasi - perubahan
Releven - sesuai
Sayugia - harus/patut
Seantero - seluruh
Senario - keadaan
Sesi - tempoh masa
Tampil - keluar
Tonggak - asas/dasar
Total - menyeluruh
Tragis - sedih
Tuntasnya - keseluruhannya
Via       -     melalui

        Haaa!!! menarik kan? kan? kan? Kosa kata ini boleh digunakan dalam pertuturan seharian dan menulis karangan untuk memartabatkan bahasa Melayu. Yahoo... "Bahasa Jiwa Bangsa". Renung-renungkan... :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...