28 April 2012

45 tips untuk memikat lelaki!!!



        Wassup wassup u ouls??? hahaha xD... Entri kali ni berkisarkan tentang tips or cara2 nak memikat lelaki... Dah lama aku tak post something dalam blog ni... aku rasa dah sebulan lebeih tak post apa-apa... hmm... maklumla orang busy... busy an kelab, an homework, an competition, an upgrading n so on... chewah... hahaha... Okay... let we proceed... Senanya  ada berjuta-juta cara nak memikat lelaki ni... Hati lelaki ni senang dilentur kalau kena an caranya... nak taw??? kena bacalah sendiri ...jeng, jeng, jeng!!! :D
   
       Hmm~~~ kat bawah ni ada 45 tips yang aku dapat dari sumber yang boleh dipercayai dan pengalaman sendiri.... enjoy it!!! A__________A

1*Jangan bersikap terlalu kuno.
2*Jangan terlalu mengongkong.
3*Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
4*Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
5*Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
6*Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
7*Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
8*Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa segelinitir lelaki mudah terpikat dengan anda.(Aku x kesah)
9*Beperwatakan menarik mampu menarik minat mereka.
10*Jujur dan sentiasa merendah diri.
11*Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
12*Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
13*Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
14*Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
15*Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.(huhh!!!)
16*Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
17*Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
18*Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.(mangkuk hayun)
19*Jangan bandingkan dia dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali. (jangan sesekali)
20*Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
21*Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
22*Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
23*Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki. (Awww~~~)
24*Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal. (kedak opera cina ==')
25*Mengetahui bila hari lahirnya. (me:13 September 1995) hahahahaha xD
26*Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
27*Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
28*Manja... ^,<
29*Jangan terlalu excited ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama. (fikirla org laen juak... org nak molah hw ka, apa ka)
30*Jangan terlalu bersikap kelakian dan ganas dalam pergaulan. (sometimes aq suka diat but mun dah over glak sa nak muntah sa)
31*Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan perfect. (dislike2... huhh!!!)
32*Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita. (nononono~~~ sa cak sa!!!)
33*Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
34*Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
35*Sentiasa bercakap lembut dengan mereka. (jgn sesekali menyumpah.. cthnya: si*l, bab*,kim*k, pal**n so on)
36*Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
37*Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
38*Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata.
39*Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan. (jgn gelojoh... kelak mati ngkelan...hahaha)
40*Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. 41*Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
42*Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
43*Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
44*Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
45*Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada. (cth: "skit tgan mek tuk aieehhh mbak mek nulis tek... tolong urut lok..." >.< mok rang???)

And last but not least, always be urself in whatever u do!!!

Huhhh... Now I want to sleep... daaa~~~ :D
dude do do de dew~~~


26 March 2012

My Top 5 Friends with Sparkling Eyes Contest!!!

        Hai cutee, hai sweetie, hai beauty,  n budak sengal yang tak reti2... Hari ni aku nak berkongsi gambar kawan-kawan aku yang bagi aku mempunyai mata yang cantek sama macam mata aku jgak... hahaha xD... Let go to the cerita, mulanya contest ni aku nak buat sampai top 20, tapi ramai yang tak nak izinkan aku ambik gambar mereka... So, sekarang cuma tinggal 5 orang je lagi... Aku pilih mereka dari lebih kurang 4000 friend yang aku ada dalam 5 buah account facebook... Dalam masa sebulan dua bulan ni, kerja aku memang usya2 gambar perempuan je [aku tak gatal, cuma nak tengok ada tak orang Malaysia yang cute-miut]... Ternyata kerja meng'usya' ku berhasil dan aku telah menemui berberapa photo friends aku yang very cute n mempunyai mata yang menarik... hehehe...

          So, tanpa membuang masa lagi, aku nak tunjukkan kat kamu semua gambar-gambar tersebut dan apa pendapat aku tentang diorang...


Friend Per-1:

            Okay... budak yang kat atas tu, nama dia Nur Fadiyah [aku tak taw la apa nama sebenar dia n nama bapak dia]... Dia muda setahun dari aku n kami sekolah kat sekolah yang sama... Pandangan aku tentang dia semua yang elok2... hehehe... Aku tengok muka dia ada macam arab2 cket n dia jugak ada kakak yang sama umur dengan aku.. Kalau tak silap aku Fatimah Az-Zahra nama dia... cantek kan nama mereka dua, macam orang Arab... Hikhikhik A__________A .... Aku pilih budak ni sebagai top 5 sebab mata dia macam mata someone yang pernah aku kenal dulu... Muka dia comeyyy... hahaha... Pastu kan, benda yang special about budak ni ialah pasal mata dia yang nampak macam peramah... Bcoz of dat, every times aku n kawan2ku buat "Tawaf" kat sekolah, aku mesti selalu ter"usya" budak ni... aku bukan sengaja nak usya dia, tapi kalau dah terusya nak buat macam mana kan, terpaksa la aku pandang lama2 cket... hmm... hahaha... Aku tak taw la dia ada bf ke tak... Tpi kalau dia dah ada bf, habeh la aku lpas ni.. hahahaha...



Friend ke-2:

           Haaa!!! jangan pandang lama sangat, nty ter"angau" plak... hahaha... Gambar kat atas tu nama dia Cresica Dio... Dia bukan budak2 lagi taw... dia lepasan upper six... aku tak taw dia kat mana sekarang... Dulu dia Presiden Persatuan Soo Bahk Do(Korean Karate) kat sekolah kami... Tpi aku jarang nampak dia datang... Tpi waktu dia training karate an kami kan, kepala aku asyik nak tengok dia, dia, dia... Sebenarnya, bukan saja2 aku nak tengok dia, tapi masalahnya kepala aku ni pandai terpusing sendiri, ap boley buat???... hmm.... Eh, korang tengok gambar dia macam orang Korea tak??? tengokla betul2, rambut dia totally macam orang Korea... ^_^ Pastukan, cuba tengok kat mata dia, korang nampak tak mata dia tersenyum... hehehe... dia ada mata yang kecik n muka dia macam barbie... aku suka tengok muka dia... hahaha... [sebab ni la ramai laky yang salah faham tengok aku...]



Friend ke-3:

            Ececeh... Buat muka comey plak dia... Xpe2, dia memang comey pun... Okay, yang kat atas ni pun bukan budak2 jgak... Nama dia Nurul Nazira Mazlan.... umur dia genap 19 tahun pada bulan December ni... Sekarang kalau tak silap aku, dia belajar kat Kuala Lumpur Infrastructure University College(KLIUC) dalam jurusan entah apa entah... aku pun tak taw... hahaha... Aku suka tengok sikap dia... Nasib baek la Hospital Bahagia Tanjung Rambutan dah penuh, kalau tak******* haish, paham2 je la... BTW, Dia ni manis orangnya... Periang n kadang2 aku tengok dia da macam orang Korea... Dia ni peminat no 1 Kpop taw... korang jangan cuba2 nak hina Kpop depan dia kalau tak maw tertanam 6 kaki kat bawah... innalillah... =.=' Aku suka sangat berkawan dengan dia... Dulu adik dia bekas kekasih aku, tpi entah knpa baru je 3 hari couple dah break blik... Mungkin waktu tu aku an adik dia masih mentah lagi nak bercinta, maklumlah baru form 1.. hahaha... gataiiiii...
p/s: jangan cuba nak tackle dia, dia dah ada yang punya.... hahaha...


Friend ke-4:



             Ni dia pakar posing Malaysia... Dia suka sangat bab posing2 ni... Maklum la orang hot... hahaha... Dia ni anak perempuan kepada guru Bahasa Inggeris aku Madam Suzanne... Nama dia Kedung... Just tu je nama dia, dats all, takde nama panjang laen... nak dijadikan cerita, waktu dia mula2 pindah kat sekolah kami pada tahun lepas, aku expect dia seorang yang sopan-santun macam perempuan laen, rupa2nya sifat dia ni serupa macam laky2 cket... aduh, spoiled betul la... hancur harapan aku(u break my heart) hahaha... Bila korang pandang muka dia kan, memang betul2 macam muka artis... 100% perfect... Biarpun sifat dia ada mirip dengan orang laky, namun dia tersangat la peramah dengan semua orang... just c at her eyes bila dia bercakap an korang... aku pasti korang terpaku dengan kilauan mata dia yang peramah... dsebabkan tu la, aku malu nak berbual dengan dia.. tak biasa... Tapi kan, aku suka sangat berkawan dengan dia... ^_^ hohohohoho.....


Friend ke-5:
            Leklu, leklu... Peaceee.... hehehe... amboiiii manisnya dia... WARNING: jangan renung kat senyuman n mata dia, nty klau korang cair, payah plak aku nak ubat... hahaha... Dia ni orang orang Sungai Petani, Kedah... Bekas classmate aku... Nama dia Suraiya Izzaty... Dia ni walaupun nampak garang kat luar, tapi kalau korang selami hati dia dalam2, fuyoooo..... Baiknya dia... sejuk perut mak dia mengandungkan dia.... hahaha... Dulu aku ada la simpan hati kat dia, tapi kawan(Bazli) aku dah potong line dulu... melepas la lagi... takpe la... dia lebey sesuai jadi kawan aku... hahaha.... Satu lagi aku nak cakap... Dia ni memang pandai orangnya... result PMR dia semua A... Dpendekkan cerita, straight A's... Aku respect habes dengan dia... Aku sure waktu SPM nty konfom dia dapat 9A+... Aminnnn... ^_^

         Oklaaa... Habes bengkak tangan aku menaip ni... so, aku nak berhenti dulu... Cute2 kan gambar diorang ni.... hikhikhikhik... laen orang, laen ragamnya... hahaha... tak macam bodo ke aku buat entri kali ni??? Post ur comment... Sblum tu, follow blog ni dulu.... Pastu like page Doktor Cinta Untukmu on Facebook Klik sini Sayang ^_^

25 March 2012

Sheet Lagu First Love - Annas Lavender ^_^ (PDF download)

      

       Assalamulaikum tok aji, nek aji, ajinomoto and pelbagai lagy jenis aji... Dengan kesempatan yang takde la nak ada ni, aku nak berkongsi ngan korang satu sheet music/guitar tablature yang aku siapkan sepanjang 2 bulan ni...

        So... hari ni aku dah siapkan music sheet n guitar tab lagu First Love - Utada Hikaru...  Tab ni laen cket dari tab Kotaro Oshio yang macho2 macam aku tu, sebab aku yang arranged sendiri... 2 bulan aku buat sheet ni... haish... Lagu ni best la bagi aku, sebab buatkan aku teringat dengan First Love aku, yang baru je break.. Sedeyyy dow... :'( [Sapoow yang tak sedey kalau satu2nya org yang kita sayang da jadi milik orang laen]... hahaha xD...  cian tegok aku kan? kan? kan? malas la nak cerito lagy...
       
         Kat bawah ni aku dah sediakan link untuk daownload file PDF pasal lagu ni... Korang enjoy la... ^_^

Sapoow yang tak pernah lagy dengar lagu ni korang boley la dengar kat link ni:
Kotaro Oshio(guitar version): Klik sini dowww
Utada Hikaru(english version): Klik sini jugak
Utada Hikaru(Japan version): Pale hotak hang, xkan la aku nak bagi sume link, hang carila sndiri!!!




23 March 2012

Rahsia Isi Hati Lelaki



        Hello... Ada orang tak? Hehehe... Yuhuu girls... Tengah nak memahami isi hati lelaki ke? hahaha xD... Dah lama aku tak posting entri kat blog ni. Maklumla sibuk dengan persiapan SPM 2012. Dengan kesempatan ini, aku ingin berkongsi tentang isi hati lelaki dan apa yang mereka fikirkan. HAAAA!!!!! Suka tak??? Kalau tak suka takyah baca... :gurauje:

        Explaination kali ni agak panjang la cket... Tapi, demi untuk menjalankan tanggungjawab sebagai doktor cinta, aku terpaksala siapkan benda ni.. hikhikhik :D

Ok girls, this is special for you!

So, adakah anda tahu isi hati lelaki? bagaimanakah anda boleh mengetahui apa yang lelaki fikirkan? Apakah yang terpendam di jiwa lelaki? Apakah anda sebenar-benarnya tahu kemahuan sebenar lelaki? Bagaimana pula dengan kebencian mereka? Ni aku nak cakap lelaki yang sama spesies an aku.. Muehehehe -,-

True enough many man, makes women became 3 things… confused, confused and yes confused!

The Truth: LELAKI IS VERY SIMPLE!!!! Isi hati lelaki??? lagi lah mudah untuk diketahui. Tetapi ramai wanita hanya mahu memahami dengan cara mereka sendiri apabila ianya bertentangan, lalu dikatakan lelaki itu complicated!

Mana ada complicated? Lelaki is easy to understand la, contoh :-

Contoh 1 : Jika lelaki kata, TAK MAHU. Jangan lah pula tanya “Mengapa tak mahu, pelik lah you ni.” – Aik? Tengok, dah buat complicated. Lelaki cakap TAK MAHU. That’s it, and that’s all… tak paham2 lagi ke haaa?? hahahaha ^_^
* Isi hati lelaki : Apa lagi yang nak confused? Dia tak mahu, tak suka, tak berminat… habis cerita lah. Tak ada reason lain, tak perlu pelik-pelik, just terima je, dia TAK MAHU.

Contoh 2 : Lelaki kata, “Kalau kita ada jodoh ada lah, tapi buat masa sekarang I nak fokus pada kerja I. Sekiranya you bertemu dengan lelaki yang lebih baik, I redha” – Okay, simple habis… ini adalah contoh lelaki yang cakap berlapik dan sopan serta mahu menjaga hati wanita.
* Isi hati lelaki : Yang sebenar dia nak cakap, “I tak nak kat you, jadi you pergi dengan orang lain je lah!”

Contoh 3 : You syok kat mamat ni, dia okay la layan you. Pastu dia sangat rapat dengan you dan you suka sangat dengan cara dia, kemesraan dia pada you. Tetapi, dia tak pernah cakap yang dia nak kat you. Atau dia tak pernah pun bercerita tentang how he felt for you. So you beranikan diri kata you suka dia, and dia pun kata dia suka you. TAPI, you still confused, samada you dan dia ni bercinta ke?, atau akan ada percintaan ke?, atau maybe dia malu nak cakap dia berminat dengan you ke…you confused.
* Isi hati lelaki – TAK PERLU CONFUSED LA MANGKUK! – Dia nak kat you dia akan cakap atau dia akan berkorban apa saja kat you. Dan dia akan jadi giler-giler nak berkepit dengan you setiap masa. Dia akan kelam kabut nak berhubung dengan you setiap hari That’s it! – Kalau dia tak cakap, that means dia tak nak kat you lah… Simple! Segala kemesraan dia hanyalah sekadar kawan biasa, of all you know, dengan all girls kenalan dia pun, dia macam tu.

Contoh 4 : Lelaki ni selalu call you, dia juga selalu ajak you keluar, makan-makan, minum-minum dan sometimes shopping. Kalau ada apa-apa masalah je sure dia akan contact you dah menceritakan segala masalah dia kat you. You become confused sangat… “Kalau betul dia ada girlfriend atau dia suka kat girl lain, pasal apa dia asyik cari aku ek?”
* Isi hati lelaki – Lelaki berkawan, BUKAN hanya dengan lelaki saja. Dengan wanita pun dia boleh anggap true friend seperti kawan-kawan lelakinya jugak. Tak boleh ke? Hehe… dia suka keluar dengan you dia suka shopping dengan you, sebab dia suka tengok reaksi dari pandangan wanita, that’s it! It’s got nothing to do with feelings!

Contoh 5 : Dulu lelaki ni beriya-iya sangat menghubungi you, hari-hari call dan berpuluh sms setiap masa. Sampai rimas lak… so after a while, dia dah kurang sms, call pun dah tak ada. You pulak yang asyik call dia, you pulak yang berpuluh sms kat dia. Tu pun dia reply sekali je. Sometimes tak reply langsung. Sometimes berhari-hari atau berminggu dia senyap. You confused… “Apa salah I? Apa yang I dah buat?”
* Isi hati lelaki – “It isn’t you! It’s me…hehe” – Yaa, the truth is lelaki itu sudah tidak berminat. Dulu yes berminat dan suka sangat kat you, just that maybe ada girl lain yang lebih baik, atau maybe perangai dan cara you membosankan jadi, semangat untuk bercinta dah hilang, nak call, nak sms… jauh sekali la kan. It’s that simple, …dah tak berminat, asyik bertekak, bergaduh bosan!

Contoh 6 : You rasa pelik, lelaki ni…macam biskut, sekejap ada, sekejap tak ada. Sekejap muncul sekejap ghaib, hilang tah kemana. Tak ke dia rindu macam you rindu kat dia? Confused! Confused!
* Isi hati lelaki – RINDU, bukan tak rindu tetapi lelaki itu sudah beristeri. Atau lelaki itu sudah ada tunang atau kekasih yang cukup ketat ikatannya. Masa muncul tu, masa dia free dari ikatan tu lah. Masa hilang tu, duk dengan bini lah beb… hehe simple! 

Contoh 7 : Kat sekolah ada laa seorang lelaki ni, pemalu, cute tapi juga peramah orangnya. Baik hati, sometimes siap belikan you makan dan minuman. Selalu belanja you dan kat meja dia, selalu tersenyum simpul kat you dan kalau dia ada masalah dia pun selalu cari you. Padahal ramai lagi girl lain. Hati pun berkocak, jiwa pun bergelora, teruja dengan sikapnya. "Adakah dia syok kat aku? Adakah dia berminat dengan aku, tapi MALU nak cakap?"
* Isi hati lelaki – YES, lelaki itu berminat dengan you tetapi dia juga berminat dengan girl lain juga. Kalau tidak dia sudah lama cakap, I love you WALAUPUN dia pemalu. Mungkin dia cakap melalui perbuatan. Atau pengorbanan. Since dia tak buat dan tak sanggup pun bersusah payah untuk you. Maybe he JUST BEING NICE saja 

Contoh terakhir : You sudah bercinta lama dah…lama sangat! Okay lah you tahu lah you dan dia dah kurang mesra sebab you all pun selalu sangat bergaduh! TETAPI you confused dan geram sebab tiba-tiba je dia menghilang diri lama, dan bila dah lama tu baru cakap nak berpisah. Dia tak explain pun sebab apa nak berpisah, in fact dia tinggal you gitu je, tak ada kata-kata akhir dan penjelasan, how you wish to know apa silap you dan mahu perbetulkan.
* Isi hati lelaki – TAKUT! …ingat senang ke nak cakap kat girl, “Eh I nak berpisah dengan you!” Takut tau hehehe…itu yang blah gitu je tu. Pastu nak explain apa lagi…dah memang tak suka dah, takkan nak cakap kat you dia tak suka, atau dia dah bosan dengan you? nanti you melenting, menjerit dan cekik dia hahahaha…

Basically…“It’s either YES or NO!” that simple lelaki ni. Kalau dia nak dia akan cakap dia nak, dia syok kat you. Kalau dia tak nak, dia tak berminat dia takkan cakap. End of story.

* IF dia ajak dating just the two of you, ajak keluar dinner hanya berdua, ajak join group holiday, dia berminat untuk memulakan perhubungan cinta atau mengorat lah tu.
* IF dia tak ajak… walau dia malu atau tidak, that means dia tak berminat. Tak perlu nak confused atau pening-pening kepala… this is all and that is it! Okay? From now on tak perlu lah nak perasan atau syok sendiri ya… all the best and good luck hunting! Hehe
JANGAN MARAH...

Kosa Kata Menarik Untuk Pengayat Cinta


        Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para pembaca sekalian. Pada entri saya kali ini, saya akan berbicara tentang kosa kata. Kosa kata adalah himpunan kata yang diketahui oleh seseorang atau entitas lain(suatu bahasa tertentu). Kosa kata seseorang didefinisikan sebagai himpunan semua kata-kata yang dimengerti oleh orang tersebut atau semua kata-kata yang kemungkinan akan digunakan oleh orang tersebut untuk menyusun kalimat baru. Kekayaan kosa kata seseorang secara umum dianggap merupakan gambaran dari intelejensia(tingkat pendidikannya). Kerananya banyak ujian 'standard', seperti SAT, yang memberikan pertanyaan yang menguji kosa kata.

        Penambahan kosa kata seseorang secara umum dianggap merupakan bahagian penting, baik dari proses pembelajaran suatu bahasa ataupun pengembangan kemampuan seseorang dalam suatu bahasa yang sudah dikuasai. Kosa kata yang menarik juga amat diperlukan untuk menjadi pakar pengayat cinta yang sempurna. Justeru itu, pelbagai kosa kata dan maksudnya saya 'post'kan pada entri kali ini.

Kosa Kata:
Akur - bersetuju
Aspirasi - cita-cita/keinginan
Bejat - gawat
Bergegas - membuat sesuatu dengan cepat
Bergelandangan - berpelesiran
Bermaharajalela - berleluasa
Dana - modal
Diksi - pemilihan kata
Diagnosis - mengenal pasti
Dinamis - berdaya saing
Diuar-uarkan - dicanangkan
Duri dalam daging - sesuatu yang menyakitkan
Emansipasi - hak kebebasan
Falsafah - pemikiran
Fasilitator - pemudah cara
Fenomena - perkara
Fleksibel - mudah diubah suai
Global - dunia seluruhnya
Hedonisme - hidup terlalu bebas
Iltizam - harapan tinggi
Imej - penampilan
Impak - kesan
Ironi - keadaan pertentangan
Julung-julung - kali pertama
Karisma - penampilan
Kental - kuat
Kemelut - masalah
Keunggulan - keistimewaan
Kepupusan - kehilangan
Kerakusan - haloba/gelojoh
Ketandusan - tidak ada
Kewibawaan - keupayaan
Khazanah - harta benda
Kolot - ketinggalan zaman/kuno
Komitmen - kesungguhan
Konflik jiwa - pergolakan jiwa
Konkrit - kukuh
Kontemporari - sesuai dengan keadaan
Konotasi - idea yang dimaksudkan
Konvensional - cara lama
Kritikal - serius
Kudus - suci
Lumrah - kebiasaan
Manifesto - pendirian
Maslahat - faedah
Membarahi - melanda
Membolosi - memasuki secara haram
Mencanai - melahirkan
Mencungkil - mencari
Mengaibkan - memalukan
Mengundang - menjemput supaya dating
Menjana - menghasilkan
Menuding jari - menyalahkan orang lain
Menyarankan - mencadangkan
Menyuntik - memberi
Meraikan - menjayakan/merayakan
Meranapkan - menghancurkan
Merealisasikan - menjadi kenyataan
Merencatkan - menggagalkan
Mutakhir - terkini
Nadi - penggerak
Nafsi - mementingkan diri sendiri
Nasi belum menjadi bubur - belum terlambat
Norma - adat
Pancaroba - keadaan yang kacau
Panji - lambang kedaulatan/bendera
Perdana - utama
Perisai - pertahanan
Persada - arena/gelanggang
Perspektif - tanggapan
Reformasi - perubahan
Releven - sesuai
Sayugia - harus/patut
Seantero - seluruh
Senario - keadaan
Sesi - tempoh masa
Tampil - keluar
Tonggak - asas/dasar
Total - menyeluruh
Tragis - sedih
Tuntasnya - keseluruhannya
Via       -     melalui

        Haaa!!! menarik kan? kan? kan? Kosa kata ini boleh digunakan dalam pertuturan seharian dan menulis karangan untuk memartabatkan bahasa Melayu. Yahoo... "Bahasa Jiwa Bangsa". Renung-renungkan... :D


15 January 2012

Jumpa Lagi 7 Tahun Akan Datang


Assalamualaikum,

terima kasih sebab bersama-sama saya selama ini...
walaupun singkat, tapi cukup bermakna buat saya...
sekarang ni saya nak bawa diri saya ke suatu sudut di dunia ini...
nak mengembara kejap...
walaupun jauh, tapi hati saya masih bersama awak
awak pemilik hati saya sampai bila2 pun...

walau kemana saya berpusing2 kat dunia ni,
walaupun saya bertemu dengan ramai wanita,
namun awak tiada tolok bandingannya...
sebab awak tetap yang terbaik buat saya sekarang dan
selamanya...

walaupun kita berkenalan dalam waktu yang singkat,
n bercinta dalam waktu yang singkat,
namun untuk melupakan awak,
saya perlukan waktu yang amat panjang,
satu masa yang saya tak pasti berapa panjangnya,
tapi yang saya pasti  ia seumur hidup saya...
wallahualam..


saya janji takkan melepaskan awak,
walau apapun yang terjadi,
walau bunga lavender bertukar jadi warna hitam,
walau gunung kinabalu menjadi gunung berapi,
walau jus lavender yang saya simpan ni berkulat,
namun...
saya takkan melepaskan awak,
melainkan roh saya terlerai dari jasad,
OMG... tanak.. tanak.. tanak...
saya tanak mati dulu... >.<

eh, lupa pulak nak cakap,
terima kasih ye sebab ajar saya macam2,
awak ajar saya setia,
awak ajar saya cinta,
awak ajar saya bersabar dengan karenah awak,
n awak jugak ajar saya jadi gatal camni...
hahaha ^_^

okay la sayang.... jumpa lagi... muah...
sayang awak sangat2...

10 January 2012

Cinta tak Memerlukan Sebab...


     
     Assalamulaikum kepada para pembaca sekalian... Entri pada malam ini ialah "adakah cinta memerlukan sebab?" Cuba korang fikirkan sedalam-dalamnya... Selami samudera hati dan permikaran korang, adakah cinta memerlukan sebab? Kalau korang tak pasti, sila la baca kisah ini dulu then, cuba fikirkannya sekali lagi ADAKAH CINTA MEMERLUKAN SEBAB???

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kisah Gadis dan Jejaka

Gadis : Awak tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana awak boleh katakan awak sayang dan cintakan saya sedangkan awak tidak boleh menerangkannya.

Jejaka : Betul! Saya tak tahu sebabnya tetapi saya boleh buktikan bahawa saya memang cintakan awak!

Gadis : Tak boleh, awak mesti beri bukti! Saya nak awak terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Tapi, kenapa pula awak tak boleh terangkan sebabnya?

Si Jejaka menarik nafas panjang dan dia berkata...

Jejaka : Baiklah! Saya mencintai awak sebab awak cantik, comel, mempunyai suara yang merdu, penyayang, kelakar, dan sentiasa merindui saya. Saya juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak awak melangkah, di situlah cinta saya bersama awak!

Si Gadis tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan Si Jejaka tadi. Namun begitu, selang beberapa hari si Gadis mengalami kemalangan dan koma.

Si Jejaka berasa amat sedih. Si Jejaka mengambil keputusan untuk melawat kekasihnya di hospital. Di wad hospital, Si Jejaka menangis di tepi katil Si Gadis sambil berbisik:
"Awak! 
~Jika disebabkan suara, saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak bersuara? Tidak! Oleh itu   saya tidak boleh mencintai awak kerana sekarang awak tidak dapat bersuara. 
~Jika disebabkan kasih sayang dan senda gurau, saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak menunjukkannya? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak ketika ini.
~Jika disebabkan senyuman saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak tersenyum? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak. 
~Jika disebabkan setiap langkah saya mencintai awak.... sekarang bolehkah awak melangkah? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak.
~Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Saya tidak mempunyai sebab untuk mencintai awak lagi. 
~Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Saya masih mencintai awak dulu, kini dan selamanya. Cinta tidak perlukan sebab. Cinta lahir dari hati yang ikhlas. Saya terima awak seadanya. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang. Namun, ia boleh dirasai dalam hati. "
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

       Setelah membaca kisah ini, adakah korang masih berfikir CINTA MEMERLUKAN SEBAB??? ^_^
absolutely no... "Jika kita mampu menjelaskan apa itu cinta, bererti itu bukan cinta tapi cuma rasa".... rasa apa??? Lu pikir la sendiri... hahaha xD

p/s: Sori, penerangan pendek sangat... lagi sibuk dengan kerja sekolah... :)

3 January 2012

Apa itu Cinta??? Pernahkah anda terfikir maknanya???


          Huh... setelah seminggu membuat research dapat jugak aku himpunkan makna-makna cinta. Semua ini aku dapat dari pengalaman sendiri, berpuluh-puluh buku falsafah cinta yang pernah aku baca dan sumber dari internet. Harap enjoy membacanya kerana ia amat berguna untuk mengetahui apa maksud cinta yang sesungguhnya... Kalau korang yang lebih tua dari aku kata aku terlalu muda dan mentah untuk berbicara tentang cinta, dengan beraninya aku membangkang, "Sesungguhnya, korang terlalu tua dan kerepot untuk berbiara tentang cinta" ^_^ hahaha xD... Jangan Marah.... lalalalalala \(^_^)/
- Prof Madya Dr. Annas Lavender-
(PhD dalam Jurusan Emosi dan Psikologi / Universiti Cinta Bersatu)
*Untuk mencantikkan nama je.. hee~ ^.<


Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Bila bercinta, semuanya nampak indah, semuanya harum mewangi, semuanya nampak sempurna. Tatkala diuji sedikit mulalah goyah untuk mempertahankan keimanan cinta. Inilah barisan insan-insan bacul yang tidak yakin pada cinta mereka. Hanya pandai berjanji tapi tidak pernah menunaikannya.

Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi, “Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.” Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata. Saya turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya. Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu. Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. Kata Hamka, Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yang dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya. (hee~ macam pernah aku buat)

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair.

Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. rasa percintaan lebih pahit dari hempedu. Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu.

Kata Raja Pedang Deir, hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada. Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu.
Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu. Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, CINTA itu adalah CINTA...

Siapakah Yang Benar-Benar Mencintai Kamu???



1- Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2- Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3- Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4- Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5- Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’,
‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6- Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7- Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8- Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9- Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10- Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11- Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia
akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12- Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13- Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14- Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15- Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’

16- Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17- Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18- Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan
minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19- Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah
mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20- Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun
yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21- Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22- Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23- Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

[ Pernah tak orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… kamu akan menyesal melakukannya!!! >.< ]

2 January 2012

Macam mana nak lupakan seseorang...

cute kan pic ni?

         Assalamualaikum semua... Hari ini, sempena dengan tahun baru, saya bebesar hati untuk release kan entri ini... Okay, straight to the point... Untuk melupakan seseorang sememangnya mudah... Kita boleh melupakannya sekelip mata sepertimana kita menyukainya sebelum ni... Melupakan seseorang sama dengan melupakan formula add math... Amat mudah!!! Memang mudah!!! Pasti mudah!!! Sangat mudah!!! Tak caye sudah!!! hahahaha....

First thing we should do,
        We must hate her/him or whatever... Macam mana nak hate org ni? Meng'hate' orang sama macam menekan button block di facebook... simply easy... Okay, untuk meng'hate' orang korang mesti letakkan minda korang di mode 'yellow thinking'.. hee~... Korang mesti fikirkan yang dia memang seorang yang tak guna, kaki kayu tiga, bodoh, cam sial, curang, APTB, menyakitkan hati n entah pape... huh.. >.< !!! 

Second,
         Kita mesti busy2 kan diri kita dengan perkara yang boleh melupakan kenangan kita bersamanya... contohnya: maen game, chat an org2 kat fb, usya2 pkwe/mkwe, flying kiss, omong2 eceng2 n try to tackle a new buddy... hahahahaha <evillaugh>.... 'Bak kata pepatah, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor'... So, buat apa nak kejar2 dia... Let him/her go n get a new one... O' yeah... ^.<

Third,
        Buang semua benda yang ada bersangkut-maut dengan dia... Contohnya: hadiah patung domo pemberian dia... Buat apa simpan patung bodoh nak mampus camtu??? Buat semak rumah je.. dahla patung tu busuk, tak penah cuci pulak tu... huh... Kalau nak sangat patung tu, beli la sendiri... Kalau tade duit, korang pergilah kat rumah aku... Aku bagi free je... hahaha.... Okay2, pastu, delete all sms yang pernah dihantar oleh dia yang menyemakkan memory phone... nak simpan buat apa? buat sakit hati je tengok... huh..

Fourth,
            Egokan diri korang seperti Yamaha Ego... Bila nampak dia, buat je muka tanak layan... Pastu, kalau dia try2 nak calling2, just press a green button for a while,n then press a red button... Biar kedit dia habis... hahahaha... Satu lagi, buatkan diri anda macam tidak kesah dengan perpisahan antara anda dan dia apabila korang terserempak... 
*Jangan buat muka seposen dua posen depan dia... memang takleh blah... hahaha xD

Fifth,
        Belief in fate... Korang mesti percayakan qada' dan qadar... Jodoh, ajal, maut tu, semuanya di tangan tuhan... tak perlula nak fikir sangat pasal jodoh2 ni... Biar la takdir yang tentukan... Come on laa, move on... Dont look back bebeh.... muda hanya sekali, jom kita enjoy.... hahahaha ^_^

Sixth, 
        Masa... Ubat untuk segala penyakit yang paling mujarab dalam dunia ni adalah masa... Masa boleh merawat kesedihan, melupakan seseorang, meredamkan rindu, menenangkan amarah n mengahapuskan dendam dalam jiwa... So, buat apa nak susah2... Take your time noob... hahaha xD

Seventh,
           Eh, berapa banyak punya tip la... Sudah2 la tu... Buat entri ni buat aku rasa tak tahan nak gelak la... Hahaha... Sengal siot... Cuba baca balik, berapa banyak aku gelak... hahaha....

Note: 
Tip ni hanya untuk yang bercinta dengan separuh hati je... Kalau bercinta dengan hati yang ikhlas macam aku ni, segala macam tip pun takkan berkesan... Aku setia, korang tak... Kalau korang cintakan dia, kenapa sanggup baca tip ni untuk melupakan dia ha? ha? ha? Tu tandanya, cinta korang kat dia tak sebesar mana... Macam aku, aku tak penah cuba untuk melupakan seseorang... hee~
Ni nak nasihatkan kat korang... Kalau betul2 cintakan dia, jangan pernah lupakan dan tinggalkan dia.... pergila kat dia... jangan buat dia tertunggu2 kay... ^_^ Biarpun terlerai tali yang mengikat jambatan Penang, namun takkan terlerai cinta korang kat dia... Sebab dia memang cinta sejati korang... yahooooo

Dengar dulu lagu ni sebelum close blog aku... Relax2 la dulu, tenangkan fikiran... Sebelum dengar lagu ni, Pause kan dulu SCM music player aku... enjoy it ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...